Thursday 17 May 2012


PEMERGIAN DAN PERPISAHAN YANG NYATA


images (225×225)     images (275×183)



Seperti seorang bayi yang selamat dilahirkan oleh seorang ibu, mustahil untuk masuk semula ke dalam perut ibunya. Begitu jua lah seorang hamba Allah yang disayangi pergi meninggalkan kita, mustahil untuk hidup kembali di bumi Allah ini.

Aku termenung seketika. Meningatkan kembali kenangan yang masih utuh di benak fikiranku. Senyumannya dan tingkah lakunya yang dahulunya aku tidak hiraukan kini menjadi igauanku. Suaranya dan tutur katanya yang bersahaja membuat jiwaku bergetar kerana aku tahu semua itu mustahil untukku mendengarnya biarpun hanya sekali lagi. Jarang sekali untukku mendengar perkataan akak dari mulutnya. Hanya nama ‘femes’ku sahaja yang dipanggil oleh dia. ‘Kocon’,akak kepada Wadi.


Aku merasa sebak tatkala cerita seorang ustaz di sekolah Wadi bermain di fikiranku..

*******

Alhamdulillah, arwah Redha seorang yang baik. Walaupun baru sahaja bertukar sekolah di sini dia dapat menyesuaikan diri dengan baik. Dia dilantik menjadi imam di sekolahnya dan menyertai pertandingan hafazan. Ibuku yang mendengar tidak putus mengucap syukur. Ustaz menyambung, Jumaat sebelum pemergiannya, Redha ditugaskan menjadi imam solat subuh. Dia sujud begitu lama sebelum takhiyat yang terakhir. Semasa arwah membacakan doa, dia begitu khusyuk, sebak lalu menangis di hadapan para jemaah. Sahabatnya yang lain menenangkannya. Ya Allah, sesunggahnya Engkau maha Mengetahui hamba-hambaMu…


Malam sebelum pemergian yang tidak mungkin kembali..

Jam menunjukkan angka 0100. Dia turun ke bawah lalu baring di sebelahku. Aku yang sedang berteleku di hadapan laptop terkejut. “Wadi, pegi la tido kat atas, bawah banyak nyamuk ni.” Dia hanya berkata, “Kejap je Kocon, nanti kamu ciap, kite naik la,” lalu menyambung tidurnya. Aku terdiam dan hanya memerhatikan dia yang lena dibuai mimpi. Terasa keanehan namun ku pedulikan saja. Sehingga kini aku teringatkan peristiwa itu. Keesokan paginya, dia bersiap-siap untuk ke rumah rakannya. Ibuku memerhatikan tingkah lakunya yang pelik. Dia melihat wajahnya sendiri di cermin begitu lama sekali. “Dah hensem dah anak mak ni, kenape lame sangat depan cermin tu?”, dia hanya tersengih sahaja.


Seminggu sebelum pemergiannya..

Setiap 2 minggu, ayah dan ibu akan ke asrama Wadi di Perak untuk menjenguk keadaannya di sana. Ibu tidak lupa untuk membawa bekalan nasi goreng kegemarannya memandangkan dia meminta ibu masakkan untuknya. Setelah bungkusan bertukar tangan, Wadi yang selama ini pemalu dan tidak pernah memeluk dan mencium pipi ibu bertindak sedemikian. Ibu kelu untuk berkata-kata. Wadi menanggalkan kaca matanya dan segera mengesat matanya yang berair. Dia sepeti hendak menyatakan sesuatu namun, berdiam diri sahaja. Ibu juga begitu, terkedu.

Aku tefikir,bagaimanakah perasaan seseorang itu sebelum ajalnya tiba? Ya Allah, Kau sahajalah tempat hambaMu mengadu dan memohan pertolongan.Berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri, aminn.. 

No comments:

Post a Comment